Tak Guna Cara Konvensional Tangani Krisis - PM

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 2:12 PM

Najib (tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian menteri yang menerima pingat selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan tidak menangani sesuatu krisis atau konflik dengan usaha yang bersifat konvensional atau tradisional.



Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha menangani krisis tersebut dilakukan dengan mengadakan proses rundingan.

Beliau mengambil insiden misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine sebagai contoh kerajaan tidak menggunakan langkah konvensional.

"Saya ambil satu langkah yang tidak konvensional kerana menyedari misi utama adalah untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat tersebut (MH17) dan disamping membawa pulang jenazah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan selepas menyempurnakan pengaugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 131 penerima yang terdiri daripada anggota keselamatan serta pegawai awam yang menyumbang khidmat sokongan dalam Ops Daulat di Sabah di Dewan Banquet, Pusal Latihan Polis (Pulapol) di sini, Khamis.

Jelas beliau, tanpa rundingan dengan kumpulan pemisah, peluang untuk mendapatkan kotak hitam dan urusan membawa balik jenazah pasti sukar.

"Bukan niat dihati saya untuk mencampuri urusan geopolitik di Ukraine atau memihak kepada mana-mana pihak sekalipun, tetapi tanpa melakukan rundingan dengan pihak pemisah tak mungkin kita dapat perolehi kotak hitam seterusnya bawa balik jenazah mangsa nahas MH17. Ini antara langkah yang perlu dilakukan," katanya.

Najib berkata, usaha tersebut membolehkan ketua pasukan perunding Malaysia dan anggotanya masuk ke lokasi nahas MH17.

"Saya sendiri telah lakukan perkara ini pada bulan Ramadan lalu sebelum waktu sahur... melakukan urusan menelefon pihak tertentu termasuk ketua pasukan kita dan anggotanya untuk dihantar ke kawasan pesawat MH17 terhempas," katanya.

Menurutnya, kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan akses memasuki kawasan nahas bagi menggumpul bahan bukti dan cebisan mayat yang masih tertinggal.

"Saya tak puas hati jika setiap mayat mangsa tragedi tidak dibawa pulang. Ini masih kita teruskan," katanya.

Mengenai pesawat MH370 pula, Perdana Menteri menegaskan hubungan baik dengan negara luar membolehkan misi pencarian pesawat tersebut dibantu 26 buah negara.

"Australia, China dan negara-negara lain turut memberi sumbangan tanpa meminta apa-apa tuntutan perbelanjaan dari negara kita," katanya.


Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , MH17 , MH370 , konvensional

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan