PRK Pengkalan Kubor: PKR Yakin Kemelut Di Selangor Tak Jejas Peluang Menang

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 6:39 PM

Afif Bahardin

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin krisis politik parti itu di Selangor tidak akan menjejaskan peluang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

Timbalan Angkatan Muda Keadilan Pusat, Dr Afif Bahardin berkata, ini kerana penduduk tempatan tidak akan memberi tumpuan khusus kepada kemelut di Selangor walaupun isu itu akan diketengahkan dalam PRK nanti.

"Kami percaya pengundi di Pengkalan Kubor akan lebih memberi fokus kepada isu tempatan yang lebih dekat dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama kepimpinan Pemuda PAS di sini, Khamis.

Katanya, walaupun menjangkakan akan menghadapi beberapa cabaran dalam PRK kali ini, PKR akan cuba menanganinya dengan kekuatan jentera sedia ada.

Beliau berkata, PRK di kerusi DUN itu juga akan menjadi medan ujian kepada PKR dalam menunjukkan komitmen dan keutuhan parti itu.

Dr Afif berkata, 45 peratus pengundi adalah di kalangan pengundi muda dan peratusan itu memberi cabaran kepada jentera pemuda untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam PRK nanti.


Tags / Kata Kunci: Pengkalan Kubor , Selangor , AMK

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan