Berita Pemindahan Makam Nabi Muhammad Suatu Pembohongan - Isisco

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 7:31 PM

Makam Rasulullah di Masjid Nabawi, Madinah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berita mengenai rancangan pemindahan makam Nabi Muhammad SAW yang disiarkan akhbar Britain 'The Independent' adalah suatu pembohongan, kata Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Islam (Isisco).


Dalam siaran akhbar yang dihantar kepada Bernama, Khamis, Isisco yang berpangkalan di Rabat, Mahgribi, mengecam sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dalam artikel ditulis oleh wartawan akhbar itu, Andrew Johnson.

Akhbar itu menyiarkan artikel yang menyebut cadangan kontroversi itu terkandung dalam satu dokumen kajian yang disediakan oleh seorang tokoh akademik Arab Saudi.

Laporan itu menyebut makam Nabi Muhammad SAW akan dipindahkan daripada kedudukannya sekarang dalam Masjid al-Nabawi di Madinah ke kawasan perkuburan Baqi yang terletak berdekatan masjid itu dan pihak berkuasa Arab Saudi sedang berbincang berhubung cadangan itu.

Isisco berkata, laporan tidak bertanggungjawab itu merupakan suatu pembohongan besar berpunca daripada rasa benci dan konspirasi terhadap umat Islam dan kerajaan Arab Saudi yang menjadi tuan rumah kepada tempat-tempat suci Islam.

Tuduhan palsu itu juga bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan dan kekacauan yang mampu mengancam keselamatan dan perpaduan serta memburukkan lagi keadaan di rantau ini di mana peperangan dan keganasan antara agama berlaku, menurutnya.

Isisco menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mempercayai tuduhan jahat itu dan berkata makam Rasulullah SAW akan kekal di tempat mulianya sehingga hari kiamat.

Isisco juga menuntut pihak berkuasa Arab Saudi menyaman penulis dan akhbar yang menerbitkan artikel pembohongan itu. 


Tags / Kata Kunci: makam Rasulullah , Rabat , Isisco

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan