Syarikat Pembuatan Perlu Lantik Penyelia Pekerja Asing Tidak Lama lagi

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 3:12 PM

Richard Riot

Richard Riot

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Syarikat pembuatan perlu melantik seorang penyelia bagi pekerja asing di bawah mereka tidak lama lagi bagi meningkatkan hubungan kerja yang lebih baik antara majikan dan pekerja, menurut Datuk Richard Riot Jaem.

Menteri Sumber Manusia berkata, penyelia yang dilantik harus mempunyai kewarganegaraan yang sama dengan majoriti pekerja asing di syarikat masing-masing.

Beliau berkata kerajaan berpendapat bahawa langkah itu akan menjadi situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak kerana kepentingan pekerja akan diwakili oleh seseorang dari negara asal mereka.

"Sebagai contoh, jika pekerja Nepal merupakan majoriti warga asing yang diupah, seorang penyelia dari Nepal perlu dilantik bagi kumpulan yang berjumlah antara 500 hingga 1,000 orang," kata Riot.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat asrama pekerja asing di JCY HDD Technology Sdn Bhd di kawasan perindustrian Tebrau IV di sini, Khamis. 

Rusuhan meletus di syarikat itu di sini pada 26 Ogos lalu dan di kawasan industri kelapa sawit pada 21 Ogos.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan