50 Pelajar SMK Sultanah Bahiyah Keracunan Makanan

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 6:20 PM

Dua daripada 50 pelajar SMK Sultanah Bahiyah yang mengalami keracunan makanan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 50 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah di sini, mengalami keracunan makanan setelah meminum air kotak yang diberi secara percuma, petang Rabu.

Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, pihak hospital menerima panggilan pada pukul 4.45 petang dan doktor daripada jabatan kecemasan hospital telah pergi ke sekolah berkenaan untuk memberikan rawatan.

Beliau berkata, seramai 26 pelajar telah dimasukkan ke wad khas di HSB kira-kira pukul 1 pagi Khamis untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan mangsa yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima itu meminum air kotak Nescafe kopi susu sebelum mengadu mengalami sakit kepala, sakit perut dan muntah.

"Semua pelajar sudah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil dan pihak hospital sudah mengambil keterangan semua pelajar dan sampel air minuman untuk pemeriksaan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

 

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan