Jangan Ugut, Cabar Pihak Berkuasa - Najib

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 2:45 PM

Seramai 154 anggota PPS ditahan polis selepas menyertai perarakan sambutan Kemerdekaan di George Town, Pulau Pinang, Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengingatkan mana-mana pasukan membanteras jenayah beruniform supaya tidak mengugut dan mencabar pihak berkuasa sehingga membelakangkan kedaulatan undang-undang negara.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan amat mengalu-alukan apa jua sumbangan masyarakat dalam membanteras aktiviti jenayah tetapi tidak akan membenarkan sebarang tindakan melampaui batas undang-undang.
  

"Semua pihak tidak terkecuali untuk mematuhi undang-undang negara dan tidak bertindak sesuka hati.

"Janganlah selepas ditegur, cabar dan ugut pihak berkuasa atau bahas terbuka apatah jika kita mewakili pentadbiran. Apa juga yang kita lakukan sebenarnya boleh diselesaikan guna rundingan. 

"Saya percaya polis akan menerima cadangan tersebut sekiranya ia dilakukan mengikut undang-undang," katanya.

Justeru, Najib meminta sesiapa saja untuk menghormati kedaulatan undang-undang bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

Najib berkata demikian semasa berucap selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 131 penerima yang berkhidmat semasa Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, Khamis.

Ucapan tersebut jelas merujuk kepada isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang yang dilaporkan bertindak di luar batasan undang-undang dalam beberapa insiden di negeri tersebut.

Pada Ahad lalu, polis menahan 154 anggota pasukan itu selepas menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negeri Pulau Pinang.

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, turut mengisytiharkan PPS sebagai sebuah pasukan haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tangkapan anggota PPS itu dibuat selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilaporkan mencabar Ketua Polis Negara supaya mengambil tindakan ke atas mereka.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan