PRK Pengkalan Kubor: Jangan Terpengaruh Fatwa PAS - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 3:08 PM

Ahmad Maslan (dua dari kanan) ketika turun padang ke DUN Pengkalan Kubor, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dinasihati agar tidak terpengaruh dengan fatwa tidak benar yang dikeluarkan oleh PAS.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pengundi di kawasan itu perlulah bertindak secara rasional untuk memilih wakil rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) DUN kawasan itu 25 September ini.

"Kalau ikut emosi, kita akan terikut-ikut dengan fatwa yang tidak benar, oleh itu kena guna rasional dan pemikiran yang mendalam kerana PAS bukan agama tetapi parti politik seperti parti politik lain.

"Apa yang penting adalah siapa yang beri lebih banyak kebajikan di tempat ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Ikan Kering di Pengkalan Kubor di sini, Khamis.

Ahmad yang juga Timbalan menteri Kewangan berkata pada pilihan raya umum 2013, Barisan Nasional kalah di lima kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam DUN itu iaitu Telaga Bata, Geting, Ketil, Tebing dan Kedai Geting.

"Kita (BN) menang tujuh PDM, jadi kita ingin menang untuk menjadikan kawasan ini sebagai kawasan contoh dan harapan kita kemenangan dapat dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, pendekatan secara terus akan digunakan bagi memberi kefahaman kepada pengundi di kawasan ini.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum 2013, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai hari penamaan calon, 21 September sebagai pengundian awal manakala 25 September hari mengundi.


Tags / Kata Kunci: Datuk Ahmad Maslan , fatwa , PAS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan