PLUS Tawar Rebat Tol Di Plaza Tol Batu 3, Sungai Rasau

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 10:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go atau SmartTAG di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau berpeluang menikmati rebat tol sehingga 30 peratus sehingga hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohammad Fuad Khusairi berkata rebat tol sebanyak 30 peratus ditawarkan pada waktu bukan puncak iaitu antara pukul 10 pagi hingga 3.59 petang dan 10 malam hingga 5.59 pagi setiap hari.

"Manakala rebat tol sebanyak 10 peratus pula ditawarkan kepada pengguna yang membayar tol pada waktu puncak iaitu antara pukul 6 pagi hingga 9.59 pagi dan 4 petang hingga 9.59 malam setiap hari," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata orang ramai juga berpeluang mendapatkan SmartTAG dengan harga promosi RM99 berbanding harga asal RM120 seunit bagi yang menambah nilai kad sebanyak RM30 di Pusat Khidmat Pelanggan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Selain itu, kad promosi PLUSMiles Touch 'n Go juga boleh didapati dengan harga promosi RM5 di lorong-lorong tambah nilai dan Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi di kedua-dua plaza tol terbabit sehingga 30 November ini.

"PLUS juga mengaktifkan lorong tambah nilai di kedua-dua plaza tol berkenaan yang beroperasi 24 jam sehari bagi memudahkan pengguna kad PLUSMiles atau Touch n' Go menambah nilai kad masing-masing," katanya. 

Tags / Kata Kunci: PLUS , tol Batu 3 , Sungai Rasau , rebat

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan