Krisis Selangor: PKR Berkeras Mahu Wan Azizah

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 9:04 AM

PKR berkeras menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar Selangor.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap berkeras mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi mengisi jawatan menteri besar Selangor.

Pendirian itu sekaligus dilihat tidak menepati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat menamakan lebih daripada dua calon untuk dipetimbangkan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa parti itu hanya mempersembahkan nama Dr Wan Azizah sebagai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Majlis Pimpinan Pusat PKR yang baharu dipilih telah bermesyuarat pada 2 September (Selasa) untuk membincangkan pendirian kepemimpinan baharu mengenai isu menteri besar Selangor.

"Oleh itu kami menegaskan sekali lagi keputusan yang dibuat pada 21 Julai lalu yang bersetuju sebulat suara mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini mStar online melaporkan bahawa PKR sudah menghantar surat jawapan kepada pihak istana pada Isnin lalu berhubung cadangan nama menteri besar.

Sementara itu Saifuddin berkata, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut mengulangi sokongannya terhadap Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan berkenaan.

Pada 26 Ogos lalu, Sultan Sharafuddin menangguhkan peletakan jawatan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu selewat-lewatnya pada 3 September (hari ini, Rabu).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan PAS tetap berpegang dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu untuk mencalonkan Azmin sebagai calon kedua jawatan menteri besar.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua juga mengesahkan hanya nama Dr Wan Azizah dimasukkan dalam surat jawapan kepada istana yang dihantar pada Selasa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan