PAS Tentukan Lokasi Baharu Muktamar Selepas Sutera Mall Tolak Permohonan Sewa

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 5:02 PM

Khairul Faizi Ahmad Kamil.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sutera Mall menolak permohonan PAS untuk mengadakan Muktamar Tahunan Ke-60 di pusat membeli-belah itu atas alasan tidak membenarkan mana-mana parti politik untuk berkumpul atau mengadakan aktiviti di kawasan tersebut.

"Polisi syarikat menyatakan mereka tidak akan menyewakan kawasan terbuka kepada mana-mana parti politik untuk berhimpun atau mengadakan sebarang aktiviti. Kami hanya akan menyewakan ia untuk tujuan komersial. Kami amat tegas mengenai perkara ini," kata jurucakap Sutera Mall.

Bagaimanapun, jurucakap tersebut berkata, mana-mana ahli politik yang mahu berkempen semasa pilihan raya pada masa akan datang, mereka boleh menggunakan kawasan tersebut sekiranya mendapat permit daripada pihak berkuasa.

Penolong Setiausaha Agung PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, PAS Johor akan mengadakan mesyuarat pada petang Rabu untuk menentukan status lokasi Muktamar yang akan diadakan pada 18 hingga 20 September ini.

"Sebaik saja keputusan dibuat, kami akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan venue terbaharu dan juga menjelaskan mengapa kami perlu mengubah lokasi," katanya ketika dihubungi The Star Online.

Terdahulu pada Rabu, The Star Online menerima sepucuk 'surat bocor' yang dialamatkan kepada PAS Johor dari Sutera Mall yang menyatakan mereka menamatkan sewa parti itu kerana gagal membayar baki bayaran sebanyak RM50,000, dibawah surat tawaran mengikut tarikh akhir yang ditetapkan sebelum 15 Ogos lalu.

"Kami dengan ini menamatkan tempoh sewa jangka pendek dikawasan yang diberikan. Walaupun kami diberitahu bahawa anda sudah melunaskan bayaran tersebut pada 18 Ogos, kami kecewa untuk memaklumkan bahawa pembayaran lewat itu tidak diterima," demikian menurut kandungan surat bocor tersebut.

Pada Selasa, PAS akan mengadakan Muktamar Tahunannya di Parit Raja, Batu Pahat kerana keadaan yang tidak dijangka.

"Saya ingin mengumumkan bahawa venue Muktamar PAS ke-60 telah ditukar ke Parit Raja, di bawah kawasan Parlimen Sri Gading berhampiran Universiti Tun Hussein Onn.

"Perubahan ini adalah kerana kita menerima surat daripada Sutera Mall dan cek kami juga dikembalikan oleh tuan tanah pusat beli-belah.

"Dalam tempoh satu minggu yang lalu, Sutera Mall telah diberi tekanan oleh pihak tertentu untuk mengembalikan cek kepada kami. Oleh itu, kami tidak dibenarkan untuk menggunakan tempat mereka. 
 
"Kami kecewa dengan perubahan saat-saat akhir ini. 

"Kita perlu menanggung kos kerana tempat yang baru ini adalah 100km dari tempat sebelum ini," katanya Selasa. 

Katanya, muktamar akan diteruskan dan mereka akan mendirikan khemah dan kemudahan yang mencukupi untuk perwakilan di Parit Raja.

"Kami mempunyai lima belas hari untuk buat persediaan bagi acara tersebut. Kami percaya bahawa Johor adalah tempat terbaik untuk perwakilan untuk meluahkan pemikiran dan agenda mereka," kata Khairul. 

Muktamar dijangka akan diadakan dari 18-20 September.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan