Calon MB: PAS Selangor Tidak Terlibat - Iskandar

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS selangor mendakwa tidak mnengetahui nama calon-calon menteri besar yang dicadang oleh parti itu kerana ia diputuskan serta dihantar terus kepada  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah oleh pimpinan PAS Pusat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, pihaknya yang mewakili PAS Selangor tidak membuat sebarang pencalonan, malah tidak mengetahui nama yang dicadangkan oleh pimpinan pusat.

"Saya tak tahu. Urusan menghantar nama calon, hantar atau tidak semuanya dibuat PAS Pusat.

"PAS Selangor tidak tahu siapakah calon-calon itu. PAS Pusat yang tentukan semuanya," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Exco negeri di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai menafikan laporan berita televisyen pada malam Selasa bahawa PAS Selangor telah menghantar nama-nama calon menteri besar kepada PAS Pusat untuk dicadangkan kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ditanya adakah PAS Selangor mengemukakan nama calon tertentu kepada PAS Pusat, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Tunggulah...PAS Pusat yang tentukan," katanya ringkas.

PAS mencetuskan tanda tanya apabila tidak mengikut dua rakan sekutunya yang hanya mencalonkan satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu berpegang kepada keputusan yang dibuat Jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat 17 Ogos lalu untuk mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan timbalannya Mohamed Azmin Ali.


Tags / Kata Kunci: Selangor , PAS , PKR , DAP

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan