Projek Penyaluran Air Mentah Ke Selangor Siap 2017

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 6:46 PM

Adnan (depan) meninjau kerja pembinaan Empangan Kelau selepas diberi taklimat mengenai perkembangan Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) di Rauh pada Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

RAUB: Projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dengan keupayaan menyalurkan 1,890 juta liter sehari (JLH) ke Selangor kini sudah 97 peratus siap.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata projek berkenaan yang menelan kos RM3.9 bilion bakal memberi pulangan RM70 juta setahun kepada negeri ini apabila ia siap sepenuhnya pada tahun 2017.

"Setakat Ogos lalu, dua daripada empat fasa projek ini yang terletak dalam negeri Pahang telah pun siap dan sepatutnya boleh mula beroperasi pada Oktober tahun depan.

"Namun disebabkan beberapa masalah dalam projek di bahagian negeri Selangor menyebabkan penyaluran bekalan air mentah bagi memenuhi keperluan air penduduk di Lembah Klang masih belum boleh dilaksanakan ekoran loji rawatan air ke Hulu Langat belum siap ekoran tergendala sejak sekian lama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat kemajuan dan melawat tapak projek berkenaan di Felda Lembah Kelau di sini, Rabu.

Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan pengurus projek Ir Dr Zullkefle Nordin.

Projek berimpak tinggi ini apabila siap dapat memenuhi permintaan air di kawasan Lembah Klang sehingga 2025.

Mempunyai dua terowong penyaluran air mentah yang terpanjang di Asia Tenggara, terowong sepanjang 44.6 kilometer ini dijangka dapat menyalurkan air mentah dalam masa lapan jam ke Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor pada pertama kali air dilepaskan.

Sementara itu, Adnan yang berpuas hati dengan kemajuan projek berkenaan bagaimanapun memohon agar kerajaan negeri Selangor dapat memberikan kerjasama untuk memastikan projek penyaluran air mentah berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual.

Katanya segala permasalahan politik harus diketepikan agar kepentingan rakyat iaitu membekalkan bekalan air mentah dapat didahulukan.

"Bukan semua benda boleh dipolitikkan, projek ini adalah untuk kepentingan rakyat dan politik letak ke tepi. Harap kerajaan Selangor dapat beri kerjasama dan pastikan projek ini dapat siap seperti dijadualkan pada 2017," katanya.

Kemelut politik Selangor sebelum ini telah menjejaskan kemajuan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang terlibat dalam penyaluran air ke Selangor dari Pahang menyebabkan kelewatan projek berkenaan.

Dalam pada itu, Adnan berkata Pahang akan mengkaji semula harga air mentah yang dibekalkan ke Selangor, menerusi projek itu, dalam mesyuarat exco kerajaan negeri akan datang walaupun projek berkenaan hanya akan siap pada 2017.

"Mengikut perjanjian sebelum ini, harga air yang kita bekal ke Selangor ialah RM0.10 satu meter padu dan kita boleh semak semula harga air tersebut selepas lima tahun, sepatutnya kita dah boleh semak semula harga pada 2012," katanya.

Tags / Kata Kunci: air mentah , Selangor , Pahang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan