Guan Eng Minta Pengesahan 11 Anggota PPS Ada Rekod Jenayah

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 8:28 PM

Ahli PPS Koay Teong Chye (tengah) gembira bersama rakan PPS lain selepas dibebaskan dengan ikat jamin polis pada Isnin

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang meminta pengesahan berhubung dakwaan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi bahawa 11 daripada 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan Ahad lepas mempunyai rekod jenayah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga berusaha untuk mengesahkan sama ada terdapat laporan polis atau dakwaan terhadap 11 anggota itu ketika mereka melaksanakan peranan secara sukarela dalam PPS.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menegaskan bahawa tiada anggota PPS akan dilindungi jika mereka melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang melainkan tertakluk penuh kepada undang-undang.

"Penduduk Pulau Pinang boleh membuktikan kerja baik yang telah dilakukan PPS khususnya membantu orang ramai dan polis untuk menjalankan kerja sukarela polis komuniti," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengulangi sekali lagi bahawa PPS tidak pernah menerima apa-apa aduan bertulis daripada polis.

Pada Isnin, Abdul Rahim berkata, 11 daripada 156 anggota PPS Pulau Pinang yang ditahan Ahad lepas mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau iaitu ugutan, samun, curi, membunuh tanpa niat, kesalahan mengikut Akta Kastam dan menjadi anggota kongsi gelap.

Guan Eng berkata, sekiranya ada sebarang aduan, ia seharusnya dimaklumkan oleh polis kepada anggota exco negeri yang juga Pengerusi PPS Phee Boon Poh atau beliau sendiri.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu sedar bahawa beliau (Khalid) bukan 'maksum' hingga tidak boleh dikritik.

Guan Eng menambah, Khalid tidak boleh menyalahgunakan undang-undang jenayah atau undang-undang punitif bagi mengelak kritikan terhadap dirinya. 


Tags / Kata Kunci: PPS , Lim Guan Eng , polis

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan