MH17: Pemergian Wan Amran Ditangisi Juruterbang Seluruh Dunia

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 3:36 PM

Jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin ketika diusung oleh rakan juruterbang dan orang ramai untuk solat jenazah di masjid negeri di Shah Alam, Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemergian juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin yang terlibat dalam nahas di Ukraine bukan sahaja meruntun jiwa ahli keluarganya, malah menyentuh hati dan perasaan semua juruterbang di dalam serta luar negara.

Salah seorang rakan Allahyarham, Kapten Johanuddin Othman, 43, berkata, kesedihan itu dirasai setiap juruterbang di dunia, terutama di negara ini.

“Sesungguhnya kejadian ini memang menyedihkan untuk keseluruhan yang terbabit dalam kerjaya sebagai juruterbang di dunia, terutama di Malaysia.

“Apatah lagi kawan-kawan yang rapat dan mengenali arwah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengebumian jenazah Wan Amran di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, Selasa.

Allahyarham Wan Amran merupakan antara sembilan jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi Selasa.

Johanuddin yang mengenali arwah sejak lebih 25 tahun berkata, Wan Amran dianggap pendiam bagi yang tidak mengenalinya, malah dia juga sebenarnya seorang yang pemurah.

Kapten Johanuddin Othman.

Beliau menambah, lebih 200 kakitangan syarikat penerbangan terutama di kalangan juruterbang yang menyertai upacara pengebumian Wan Amran dari Kompleks Bunga Raya KLIA sehingga ke tanah perkuburan.

“Ada dari MAS dan syarikat penerbangan lain yang rapat dengan Wan Amran, ada sesetengahnya telah berpindah ke syarikat penerbangan lain (sebelum ini berkhidmat dengan MAS).

“Malah ada yang sanggup datang ke Malaysia untuk menghadiri pengebumian ini,” kata Johanuddin yang merujuk kepada kakitangan syarikat penerbangan lain yang berpangkalan di luar negara.

Bagi Kapten Ahmad Farid Osman, 49, yang mengenali Allahyarham sejak 20 tahun lalu pula, beliau secara peribadi menyifatkan Wan Amran seorang yang baik dan ceria.

Kapten Ahmad Farid Osman.

“Dia selalu menggembirakan kawan-kawan. Kalau hendak ingat pasal dia, itulah karakter dia...selain selalu menolong rakan-rakan,” katanya.

Jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira pukul 11.10 pagi dan selamat dikebumikan pada pukul 11.42 pagi.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Allahyarham yang berpengalaman dalam bidang penerbangan lebih 20 tahun meninggalkan seorang isteri, Mariam Yusof, 45, dan dua anak lelaki iaitu Wan Yunus, 10, dan Wan Irfan, 8.

Tags / Kata Kunci: MH17 , Wan Amran Wan Hussin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan