Kerajaan Perpaduan PAS-Umno 'Sukar & Mustahil' - Husam

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 5:23 PM

Husam Musa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembentukan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Selangor 'bukan sahaja sukar tetapi mustahil', kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

"Bukan saja dari sudut bilangan tetapi juga pada prinsip, pelaksanaan dan kesan jangka masa pendek dan panjang serta kedinamikan semua parti yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan.

Husam berkata, kerajaan perpaduan adalah 'bait' sebahagian daripada agenda parti lawan, Umno, dikenali sebagai pasukan 'Timbalan Perdana Menteri' yang mahu menguasai institusi tertentu di dalam PAS.

Hasrat utama pasukan itu, katanya, adalah mencapai dua pertiga di Parlimen apabila ia menguasai kasawan-kawasan PAS di seluruh negara.

Ini akan memihak kepada Umno dalam proses penyempadanan semula kawasan pilihan raya pada masa akan datang.

Umno dan parti komponen di dalam Barisan Nasional mempunyai 134 kerusi Parlimen dan PAS hanya memiliki 21 kerusi.

Dengan kerusi tambahan daripada PAS, BN akan memperolehi lebih daripada dua pertiga majoriti daripada 148 kerusi untuk memberi laluan kepada proses penyempadanan semula.

"Selangor adalah umpan terdekat mereka. Pelbagai helah dicari untuk memisahkan ikatan PR. Jika PAS sudah berpisah, fikir mereka, mudahlah Umno masuk meminang," katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, menolak kemungkinan beberapa wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno di mana langkah tersebut memerlukan satu prosedur yang ketat.

"Jawatankuasa PAS Pusat perlu meluluskan sebarang langkah untuk membawa masuk bekas Adun PKR bagi mencukupkan bilangan untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan.

"Saya tidak nampak keahlian mereka akan diluluskan oleh PAS Pusat. Banyak sebab asas kenapa saya berpandangan demikian tetapi rasanya tidak perlu dihuraikan di sini.

"Pokoknya, keahlian mereka tidak akan diterima. Untuk permohonan mereka diangkat ke dalam mesyuarat PAS Pusat, mereka mesti terlebih dahulu secara rasmi keluar dari parti mereka.

"Saya tidak fikir, jika ada, mana-mana pemimpin PKR akan mengambil risiko sedemikian," katanya.

PAS bertindak membelakangkan sekutunya, PKR dan DAP dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu selepas pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR.

Tags / Kata Kunci: Husam Musa , PAS-Umno , kerajaan perpaduan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan