Orang Bukan Melayu Bersederhana, Hormati Kaum Lain - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 4:44 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebanyakan masyarakat bukan Melayu di Malaysia bersikap bersederhana yang menghormati sentimen dan sensitiviti kaum lain, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian bagi membidas sebuah laporan yang memutar-belitkan kenyataannya dengan memetik beliau sebagai berkata orang bukan Melayu semakin angkuh, menghina kaum bumiputera, institusi Raja dan Islam.

Katanya, beliau merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP, dalam ucapannya, yang tidak menghormati perasaan orang Melayu.

Zahid berkata, ini terbukti dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh parti pembangkang dan penyokong mereka, terutama yang disiarkan di laman portal pro-pembangkang dan di sosial media.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) mempunyai parti komponen bukan Melayu dan sudah tentunya mereka tidak rasis dalam pendekatan masing-masing dan keputusan yang menjejaskan negara dibincangkan.

Pendekatan perkongsian kuasa dan konsensus bersama adalah ciri-ciri kejayaan BN.

"Tetapi tidak boleh dinafikan penyokong DAP mengambil pendekatan berbeza dengan keangkuhan mereka dalam politik," katanya ketika dihubungi.

Sebuah akhbar bahasa Inggeris memetik beliau sebagai berkata, kaum Melayu terpaksa membayar harga kerana terlalu baik dan golongan tersebut (DAP dan penyokong semakin angkuh.

Beliau dilaporkan berkata bahawa penghinaan dibuat atas alasan demokrasi, kebebasan bersuara dan globalisasi.

Jelasnya, beliau tidak akan menyokong mereka yang mengeluarkan kenyataan menghina masyakarat bukan Melayu dan mahu polis mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , DAP

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan