Abadikan Nama Sudirman Di Chow Kit

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 8:12 PM

Sudirman Hj Arshad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pergerakan Puteri Umno pada Selasa mencadangkan agar nama bekas penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad diabadikan pada satu jalan di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, cadangan tersebut bertujuan untuk mengenang jasa beliau dalam dunia hiburan yang memainkan peranan menyatukan masyarakat pelbagai kaum menerusi lagu-lagunya.

"Sudirman merupakan seorang penghibur berjiwa rakyat dan beliau merupakan satu-satunya penyanyi Malaysia yang mengadakan konsert percuma di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada April 1986.

"Lagu-lagunya banyak membawa gambaran dan mesej tentang kehidupan masyarakat seperti lagu Basikal Tua, Chow Kit Road, Pulang Dari Kilang, Orang Muda, Aku Penganggur dan lain-lain," katanya menerusi satu kenyataan media pada Selasa.

Jelas Mas Ermieyati, beliau berharap agar Sudirman akan dikenang oleh generasi muda sebagai penghibur tersohor negara dengan terlaksananya cadangan tersebut.

"Kami berharap dengan diabadikan nama beliau pada salah satu jalan di Kuala Lumpur, Sudirman akan dikenang oleh generasi masa kini dan akan datang sebagai penghibur yang banyak jasanya kepada negara," katanya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kerana menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 dengan jayanya.

"Penggunaan tema “Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” ternyata begitu tepat sehingga menjadi trending di laman media sosial dan siulan dalam kalangan anak muda, remaja hingga kanak-kanak," katanya.

Mas Ermieyati turut memuji cetusan idea mengembalikan malam Nostalgia Chow Kit Road yang mendapat sambutan luar biasa di kalangan warga kota.

Kira-kira 400,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya pada sambutan tersebut walaupun acara disusun mengikut kesesuaian susulan tragedi pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dan MH370.




iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan