MH17: Najib Harap Keluarga Mangsa Tabah

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 11:59 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama waris mangsa yang hadir pada istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap keluarga mangsa pesawat MH17 yang menerima jenazah orang tersayang mereka pada Selasa supaya kekal tabah.

"Saya berdoa agar keluarga mangsa MH17 yang berada di sini hari ini untuk menerima orang tersayang mereka agar kekal tabah dalah saat sedih ini," katanya dalam Tweet terbaharu beliau.

Mayat sembilan mangsa pesawat itu - tujuh rakyat Malaysia dan dua warga Belanda diberi penghormatan penuh setibanya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini dari Amsterdam.

Pada 22 Ogos lalu, kumpulan pertama 20 jenazah termasuk 11 penumpang dan sembian anak kapal dibawa balik dengan penerbangan khas pesawat Malaysia Airlines.

Jenazah empat lagi mangsa dibawa balik pada 23 dan 24 Ogos.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.


Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan