MH17: Jenazah Wan Amran Dikebumi Pada Hari Lahir Ke-50 - Isteri

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 12:59 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Isteri kepada juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin yang terlibat dalam nahas di Ukraine, Mariam Yusof bersyukur kerana jenazah suaminya dibawa pulang ke tanah air dan dikebumikan dengan selamat.

Beliau berkata, rasa bersyukur tidak terhingga kepada Allah kerana melancarkan segala urusan pengebumian jenazah pada Selasa yang merupakan hari ulang tahun suaminya ke-50.

"Hari ini Alhamdulillah, saya gembira sebab sekurang-kurangnya pusaranya dia bertanda. Syukur Alhamdulillah.

"Hari ini 'birthday' (ulang tahun) suami saya. Dia balik hari ini (Selasa). Masa (jenazah)  sampai pagi tadi, hujan turun.... hujan rahmat, saya bersyukur sangat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini Selasa.

Allahyarham Kapten Wan Amran merupakan antara sembilan jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi Selasa.

Jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira pukul 11.10 pagi dan selama dikebumikan pada pukul 11.42 pagi.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, dan dua anak lelaki iaitu Wan Yunus, 10, dan Wan Irfan, 8 hadir pada upacara pengebumian.

Istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 pada pagi Selasa diadakan di Kompleks Bunga Raya KLIA yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan menteri-menteri Kabinet.

Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di timur Ukraine dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan