MH17: Kembali Ke Tapak Nahas Kekal Jadi Keutamaan - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kembali ke lokasi nahas MH17 kekal menjadi keutamaan bagi kerajaan yang komited mahu mencari keadilan untuk mangsa kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Kita perlu melakukan apa sahaja yang kita boleh untuk mengakses lokasi bagi membantu siasatan jenayah berkaitan tragedi itu," katanya, Selasa. 

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa tapak nahas di Timur Ukraine masih lagi diletakkan di bawah zon perang. 

"Adalah satu keajaiban jika kita berjaya kerana konflik geopolitik masih berterusan tetapi kami telah melakukan sesuatu yang mustahil sebelum ini," katanya selepas istiadat penghormatan sembilan jenazah mangsa MH17 yang tiba dari Amsterdam.

Beliau berkata apa yang diperlukan sekarang adalah pihak yang terlibat bersetuju mengumumkan gencatan senjata di lokasi itu bagi membolehkan penyelidik melakukan tugas mereka.

Hishammuddin menambah 11 lagi rakyat Malaysia masih hilang atau masih belum dikenal pasti. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beberapa mayat mungkin masih berada di lokasi kemalangan. 

"Itu juga sebab mengapa kita perlu kembali ke lokasi untuk mencari sebanyak mayat yang mungkin," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan