MH17: Helikopter Bawa Abu Pasangan Suami Isteri Tiba Di P.Pinang

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 12:00 PM

Anggota tentera mengusung keranda dan abu mayat dari kereta jenazah ke helikopter untuk dibawa ke Perak dan Pulau Pinang sejurus tiba dari Amsterdam, Belanda pada istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Helikopter yang membawa abu mayat Jenny Loh Yan Hwa dan suami Fan Shun Po mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 10.50 pagi Selasa.

Abu pasangan itu akan dibawa ke tempat persemadian di Kek Lok Si selepas upacara di lapangan terbang.

Kira-kira 20 ahli keluarga kelihatan menangis apabila mayat tiba di lapangan terbang.

Ramai pemimpin negeri dan wakil-wakil MCA Pulau Pinang turut hadir di upacara tersebut.

Pasangan pengusaha restoran itu dan ibu Yan Hwa, Tan Siew Poh, 85, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila pesawat membawa 298 orang itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Dipercayai bahawa mayat Siew Poh masih belum dikenal pasti. 

Abu pramugara Malaysia Airlines Sanjid Singh Sandhu, 41, dijangka akan dihantar pulang dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Alma, Bukit Mertajam oleh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Abunya dijangka tiba di SMK Machang Bubuk, Jalan Machang Bubuk 3 kira-kira jam 1.30 petang.


Tags / Kata Kunci: Jenny Loh Yan Hwa , Fan Shun Po , Mh17

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan