Aktivis Anti-Lynas Dilarang Masuk Atas Sebab Keselamatan – Imigresen

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 12:30 AM

Lowrey (dua dari kanan) bersama aktivis Anti-Lynas yang lain selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis pada Jun lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktivis Anti-Lynas warga New Zealand, Natalie Lowrey dilarang masuk ke Malaysia pada Ahad atas sebab keselamatan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi.

Beliau berkata, berikutan larangan itu, pihaknya mengeluarkan Notis Tolak Kemasukan atau Not to Land Notice (NTL) terhadap Lowrey.

“Kes dia (Lowrey) dikendalikan cawangan khas Bukit Aman dan Imigresen berpendapat ada asas untuk menyenaraihitam suspek.

“Biasanya kita NTL atau tak bagi masuk sebab disyaki terbabit dalam aktiviti demonstrasi dan sebagainya,” katanya kepada mStar Online, menerusi aplikasi Whatsapp.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sekatan kemasukan itu berpunca daripada penglibatan Lowrey dalam bantahan menerusi kempen ‘Stop Lynas’ di Kuantan pada Jun lalu.

Lowrey, 42, dilarang masuk ke negara ini sejurus ketibaannya di Lapangan Terbangan Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada kira-kira pukul 7.55 malam Ahad.

Dia yang juga permastautin tetap di Australia dihantar ke Bali dan dijangka terbang pulang melalui Sydney pada pagi Selasa.

Sementara itu, Ketua Imigresen KLIA, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad ketika dihubungi mStar Online berkata, Lowrey adalah antara kira-kira 20,000 warga asing yang dikenakan NTL sejak Januari tahun ini.

“Kita mendapat makluman bahawa Lowrey disenaraihitamkan kerana ada kaitan dengan kes polis. Dia boleh membuat rayuan kepada Bahagian Keselamatan dan Pasport Imigresen berhubung larangan kemasukannya ke negara ini,” tambah Mohd Zulfikar.

Lowrey bersama 15 rakyat Malaysia yang lain, termasuk Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack ditahan pada perhimpunan aman bagi mendesak penutupan operasi loji Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Kuantan, Jun lalu.

Lowrey dibebaskan dengan jaminan polis tanpa didakwa selepas lima hari ditahan.

Laporan sebuah portal berita pada Isnin memetik Setiausaha Himpunan Hijau, Bang Seet Ping sebagai berkata, Lowrey merancang untuk tinggal di Malaysia selama tiga hingga empat minggu untuk memantau kempen alam sekitar anti-Lynas.

"Lowrey juga merancang untuk menghadiri sebutan semula kes membabitkan 15 peserta protes dari Himpunan Hijau yang telah didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan rusuhan,” kata Bang seperti yang dilaporkan.

Mahkamah Sesyen di Kuantan menetapkan 2 September (hari ini) untuk sebutan semula kes melibatkan 15 penyokong Anti-Lynas.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan