Ruji Ubi Dilantik Pengarah Awam ESSCom

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 4:54 PM

Ruji Ubi.

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Ruji Ubi dilantik sebagai Pengarah Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) berkuat kuasa, Isnin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ESSCom, Ruji anak jati Tawau berumur 44 tahun itu menerima watikah pelantikan daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Rabu lepas.

Pengarah Awam ESSCom merupakan jawatan baharu yang diwujudkan berikutan penstrukturan semula organisasi ESSCom yang dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne).

Penstrukturan semula yang berkuat kuasa 15 Julai lepas itu menyaksikan pewujudan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam.

Ketika mengumumkan penstrukturan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, DCP Datuk Abdul Rashid Harun yang memegang jawatan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam ESScom ketika itu, dilantik sebagai Komander ESScom untuk komponen pengurusan keselamatan dan pertahanan.

Sebelum penstrukturan semula, ESSCom diketuai oleh seorang Ketua Pengarah iaitu Datuk Mohammad Mentek.

Ruji menyertai perkhidmatan awam selaku Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Jan 1996 dan mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia, kewangan, perolehan dan penggubalan polisi.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (B.A Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1995 dan Ijazah Sarjana Pengajian Antarabangsa (Peace & Conflict Resolutions) dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia pada tahun 2010.

Ruji pernah berkhidmat di pelbagai kementerian, antaranya sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Dalam Negeri (Januari 1996 hingga Januari 1997), Penolong Setiausaha di Kementerian Kewangan Malaysia (November 1998 hingga Ogos 2001), Penolong Setiausaha di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Jabatan Perdana Menteri (JPM) (September 2001 hingga Mac 2004) dan Penolong Setiausaha Kanan di Unit Perancang Ekonomi JPM (April 2004 hingga Februari 2006).

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pengajian Tinggi (Februari 2006 hingga Februari 2008), Ketua Penolong Setiausaha Kanan di Kementerian Pertanian Malaysia (Mac 2008 hingga Mac 2009) dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen (PTTK) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (April hingga Julai 2009).

Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik Pengarah Awam ESSCOM ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah (Disember 2010 hingga Ogos 2014).

ESSCom diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, awal tahun lepas.

ESSZOne merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan