"Pasang Bendera DAP Kira Banteras Jenayah?" - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 2:31 PM

Khairy memuat naik gambar di laman Twitter yang menunjukkan anggota PPS sedang berarak mengibarkan bendera DAP.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyelar penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) oleh kerajaan Pulau Pinang kerana dilihat lebih bermotifkan politik.

Sangsi dengan dakwaan kononnya PPS ditubuhkan untuk membanteras jenayah, Khairy sebaliknya memuat naik di laman Twitter sekeping gambar yang menunjukkan anggota PPS sedang memasang bendera DAP di sebuah majlis.

"PPS jaga keselamatan rakyat Pulau Pinang? Pasang bendera DAP tu kira nak banteras jenayah kot?" tulis Khairy di Twitternya pada Isnin.

Selain itu Khairy yang juga ketua pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) turut memuat naik gambar lain yang menunjukkan sekumpulan anggota PPS berarak menaiki motorsikal sambil mengibarkan bendera DAP.

"PPS tengah membanteras jenayah di Pulau Pinang sambil membawa panji-panji kerajaan negeri?" soalnya.


Satu lagi paparan skrin daripada Twitter Khairy yang menunjukkan aktiviti anggota PPS.

Pada Ahad, polis menahan seramai 156 anggota PPS Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu merupakan sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, kesemua anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

Selain itu Khairy berkata, kerajaan negeri sepatutnya bekerjasama dengan unit Rakan Cop di bawah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi menggalakkan orang ramai terlibat dalam usaha membanteras jenayah.

"Kerajaan Pulau Pinang sepatutnya bekerjasama dengan Rakan Cop PDRM daripada menubuhkan PPS secara haram.

"PDRM sudah ada program Rakan Cop. Program yang melibatkan komuniti. Kenapa nak tubuh tentera sendiri di Pulau Pinang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan