MH17: Jenazah Dua Juruterbang Antara 9 Yang Tiba Esok

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 7:57 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jenazah dua juruterbang pesawat MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong serta dua warganegara Belanda antara sembilan jenazah yang akan tiba di Malaysia, Selasa.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada tujuh warganegara Malaysia, dua beragama Islam, manakala lima lagi bukan Islam, melibatkan tiga penumpang dan empat anak kapal.

Kesemua jenazah - lima keranda dan empat bekas abu - dibawa melalui pesawat komersial dari Amsterdam dan dijadual tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA esok bagi istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 pada 8.30 pagi, katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menteri kabinet dan waris keluarga mangsa tragedi akan menghadiri istiadat itu dan hadirin akan bertafakur selama seminit, katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Katanya, dua jenazah warga Belanda iaitu Paul Goes serta Fan Shun Po adalah penumpang dan bendera Belanda diletak masing-masing di atas keranda serta bekas abu mereka.

Hishammuddin berkata, lima jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan dan tempat persemadian menggunakan kenderaan jenazah, manakala empat jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua buah helikopter EC725.

Dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, manakala masing-masing satu jenazah ke Bukit Mertajam dan Teluk Intan, katanya.

Beliau berkata, bagi penerbangan ke Bukit Mertajam, jenazah terlebih dahulu dibawa ke Taman Skyline, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan kenderaan jenazah sebelum diterbangkan ke Bukit Mertajam.

"Setakat ini kita telah berjaya membawa pulang 24 jenazah rakyat Malaysia dari Belanda. Jumlah 24 jenazah ini melibatkan 12 orang beragama Islam dan 12 bukan Islam," katanya, sambil menambah ia melibatkan 14 penumpang dan 10 anak kapal serta kru teknikal.

Dengan tujuh lagi jenazah dijangka dibawa pulang esok, maka 31 jenazah rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti sebelum ini dapat dibawa pulang dari Belanda.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, segala perincian mengenai urusan pengebumian Selasa telah diperoleh daripada semua waris dan pihak kerajaan sebaik mungkin memenuhi permintaan mereka.

"Ini termasuk jenazah Sanjid Singh Sandhu yang akan dibawa dahulu melalui jalan darat ke rumah mangsa di Jalan Klang Lama sebelum diterbangkan ke Bukit Mertajam menggunakan helikopter dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi," katanya.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan