Guan Eng Cabar KPN Debat Isu PPS

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 10:59 AM

Lim hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah George Town berhubung penahanan anggota PPS.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Isnin mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berdebat berhubung penahanan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

"Bagaimana beliau ingin beri penjelasan berhubung kenyataannya (dengan melabel mereka sebagai samseng).

"Saya cabar beliau untuk berdebat mengenai isu ini, " katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah George Town, di sini.

Pada hari Ahad, polis menahan 154 anggota PPS Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Khalid dilaporkan berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi Ahad di kawasan Padang Kota, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan