250 Anggota PPS Ditahan Polis

Diterbitkan: Ahad, 31 Ogos 2014 11:41 AM

Kira-kira 250 anggota PPS dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai selepas menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Padang Kota, George Town pada Ahad. - foto LIM BENG TAT/The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kira-kira 250 anggota Peronda Sukarelawan Pulau Pinang (PPS) dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai selepas mengambil bahagian dalam perarakan Merdeka peringkat negeri di sini.

Difahamkan kumpulan tersebut akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk dirakamkan kenyataan.

Kumpulan tersebut berarak melepasi tetamu VIP semasa sambutan di Esplanade kira-kira pukul 10.10 pagi Ahad.

Sebaik saja mereka tiba di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Lebuh Light, kira-kira 50 anggota polis mengiringi mereka ke balai polis berdekatan.

Kelihatan beberapa anggota polis sedang mengawasi Balai Polis Lebuh Pantai dan beberapa buah trak polis turut diletakkan di luar perkarangan balai polis tersebut.

Beberapa wakil rakyat juga dilihat berada di sana.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan