Imigresen Perkenal Pas Sempadan Baru Dalam Bentuk Buku Seperti Pasport

Diterbitkan: Ahad, 31 Ogos 2014 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang berulang alik ke Thailand menggunakan pas sempadan akan diberi dokumen perjalanan terhad dalam bentuk buku, lebih berkualiti dan menyerupai pasport Malaysia, mulai awal bulan depan.

Pas sempadan Malaysia-Thailand bagi kegunaan penduduk tempatan khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak (hanya di bahagian Hulu Perak) ketika ini dikeluarkan dalam bentuk sekeping kertas, yang mudah rosak akibat dilipat atau terkena air.

Jika pasport Malaysia yang merupakan dokumen perjalanan antarabangsa berwarna merah, pas sempadan baru ini pula akan berwarna biru. Di kulit hadapan pas ini juga akan menyerupai seperti pasport, mempunyai lambang Jata Negara dengan perkataan “Malaysia” selain tertulis perkataan “Pas Sempadan” berwarna emas.

Pengarah Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen, Ibrahim Abdullah berkata, penggunaan buku pas sempadan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti dan ciri keselamatan dokumen perjalanan sementara selain memudahkan pemeriksaan imigresen di pintu masuk sempadan.

Beliau berkata, ia dijangka dikeluarkan bermula 2 September ini di Pengkalan Hulu (Keroh), Perak sebelum diperluaskan ke kawasan lain di empat negeri membabitkan kira-kira 19 pejabat Imigresen.

“Format buku ini mempunyai kulit keras seperti pasport Malaysia. Helaian muka suratnya juga lebih berkualiti berbanding sekarang yang menggunakan kertas biasa.

“Muka surat depan di dalam buku ini mempunyai nombor bercirikan ‘Machine Readable Zone’ (MRZ) di mana ia tidak boleh dijadikan pendua (duplicate) untuk pemohon lain,” katanya kepada mStar Online dalam satu pertemuan di sini.

Ciri MRZ digunakan oleh kebanyakan pasport antarabangsa yang mengikut standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ibrahim berkata, nombor siri MRZ pada pas sempadan akan diimbas menggunakan mesin pengimbas yang sama untuk memeriksa pasport bagi paparan butiran peribadi.

Ibrahim berkata, pas sempadan baru ini akan mengandungi 16 helaian muka surat yang boleh digunakan untuk tempoh lebih lama.

“Muka surat biodata diletakkan pelekat yang mengandungi maklumat peribadi. Ia boleh disertakan maklumat anak pemohon di bawah usia 12 tahun sebagai pengiring yang akan dimasukkan ke dalam pas sempadan milik ibu atau bapa,” katanya lagi.

Muka surat biodata akan memaparkan nama penuh pemegang pas, alamat, nombor pas, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, tinggi, tarikh dikeluarkan dan tarikh tamat .

Menurut Ibrahim, walaupun kualiti pas sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan dalam bentuk buku tetapi bayaran permohonan masih kekal RM10.

Selain itu katanya, jarak perjalanan ke Thailand turut diperluaskan berbanding sekarang hanya tidak melebihi 25 kilometer dari sempadan.

“Ini adalah berdasarkan Perjanjian Lintas Batas antara Malaysia dan Thailand pada Februari tahun lalu bagi menggantikan ‘Traffic Across the Boundary Between the Malay States and Thailand’ yang ditandatangani di Bangkok pada 1940.

“Pas sempadan baharu ini meliputi perjalanan ke lima wilayah di selatan Thailand iaitu Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani,” kata Ibrahim, sambil menambah bahawa Jabatan Imigresen akan mengeluarkan kira-kira 500,000 buku pas sempadan baru ini setahun.

Beliau menambah, tempoh sah laku pas turut dipanjangkan dari enam bulan kepada setahun dari tarikh ia dikeluarkan.

Permohonan pas sempadan masih sama menggunakan dua keping gambar berukuran 35 milimeter (mm) x 50 mm, dengan syarat mempunyai kad pengenalan (MyKad) sebagai warganegara Malaysia yang sah dan bukti menetap di negeri dinyatakan.

Ibrahim berkata, Jabatan Imigresen berharap, pas sempadan dalam bentuk buku ini dapat memudahkan rakyat menggunakan dokumen perjalanan terhad ini pada masa akan datang.

“Pengenalan baharu ini juga membantu melancarkan pemantauan dari segi pergerakan keluar masuk rakyat Malaysia di sempadan,” katanya.

Berdasarkan Perjanjian Lintas Batas, pintu-pintu masuk di Malaysia yang dipersetujui ialah Kedah di Bukit Kayu Hitam, Kota Putra, Durian Burung, Kuah Langkawi, Telok Ewa Langkawi, Kuala Kedah, Jetty Harbour Park Langkawi; Kelantan (Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Bukit Bunga); Perak (Bukit Berapit); dan Perlis (Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis).

Tags / Kata Kunci: Pas Sempadan , Imigresen , Thailand

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan