Kematian Kahumbo: Kes Culik Rentas Sempadan Tidak Mungkin Berhenti

Diterbitkan: Ahad, 31 Ogos 2014 1:47 PM

Apo Kahumbo

Apo Kahumbo.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Agensi perisikan Malaysia dan Filipina tidak menjangkakan kematian dalang kes culik, Apo Kahumbo akan memberi kesan kepada kegiatan penculikan rentas sempadan di pantai timur  Sabah.

Menurut mereka, kumpulan yang melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan kini menyembunyikan diri dan menunggu masa yang sesuai untuk mengganas semula.

"Ancaman culik di Semporna, Kunak dan Lahad Datu masih ada kerana kumpulan utama di selatan Filipina masih belum ditumpaskan," kata sumber perisikan Malaysia.

"Adik-beradik Muktadil masih lagi hidup," katanya yang merujuk kepada keluarga yang dipercayai dalang kebanyakan kes culik di pantai timur, Sabah.

Pada 23 Ogos lalu, polis menamakan mereka sebagai suspek utama terlibat dalam beberapa siri insiden penculikan rentas sempadan dan pembunuhan di kawasan tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman mengenal pasti dua daripada enam beradik itu sebagai Nilson Muktadil, 30, dan Badong dalam lingkungan usia awal -40an.

Beliau berkata, pihak berkuasa cuba mengenal pasti individu ketiga dipercayai rakan subahat mereka.

Badong, dikatakan anak didik Mobin Sahibudin Hailil atau lebih dikenali sebagai Apo Kahumbo.

Pada Jumaat, Kahumbo ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina dalam tempoh 72 jam dia ditahan kerana didakwa cuba melarikan diri.

Ketua Polis Tawi Tawi, Kolonel Joey Salido mengesahkan Kahumbo ditahan kerana didakwa memiliki sepucuk pistol Colt.45, enam butir peluru dan bom tangan di sebuah pusat pemeriksaan bergerak di Kampung Sanga Sanga di wilayah Tawi Tawi pada Selasa lalu.

Sumber perisikan percaya kumpulan yang diketuai Kahumbo, adik-beradik Muktadil dan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Anjang-Anjang saling bantu-membantu antara satu sama lain untuk menjalankan kegiatan penculikan rentas sempadan.

Mereka berkata Kahumbo berperanan menghantar tebusan ke kepulauan Jolo dan menyerahkan mereka kepada kumpulan Abu Sayyaf.

Seorang sumber perisikan Filipina berkata, kematian Kahumbo, 44, mungkin mengurangkan serba sedikit ancaman penculikan dari selatan Filipina pada tahap tertentu.

"Namun adalah mustahil untuk mengurangkan ancaman itu kepada kosong. Terdapat beberapa kumpulan lain yang lebih agresif daripada Kahumbo," katanya.


Tags / Kata Kunci: Apo Kahumbo , penculikan , timur Sabah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan