Ambang Merdeka Disambut Sederhana

Diterbitkan: Ahad, 31 Ogos 2014 7:10 AM

Orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang semasa menghadiri 'Memori Chow Kit Road 2.0' sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di Kuala Lumpur, tengah malam Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedatangan Ambang Merdeka di sekitar ibu kota disambut secara sederhana susulan tragedi pesawat MH370 dan MH17, namun semangat patriotik orang ramai yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka, lokasi tradisi sambutan berkenaan sebelum ini, tetap menyerlah.

Ketiadaan sambutan rasmi Ambang Merdeka di situ termasuk acara hiburan dan bunga api tidak menghalang orang ramai berkumpul bagi menantikan detik 12 malam menandakan ketibaan 31 Ogos, hari kemerdekaan Malaysia.

Dataran Merdeka ditutup untuk persiapan menyambut Hari Kebangsaan ke-57 pada Ahad.

Penjawat awam, Ahmad Asyraf Rahim, 27, berkata beliau tetap melihat keterujaan orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menantikan detik 12 malam.

Bagi warga kota K. Suraj, 27, beliau bangga melihat anggota masyarakat tetap datang ke sekitar Dataran Merdeka untuk menyambut Ambang Merdeka walaupun dalam senario berbeza.

Dalam pada itu, program 'Memori Chow Kit Road' yang memuatkan persembahan lagu-lagu patriotik oleh artis tempatan mewarnai suasana di sekitar lokasi beli-belah Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Turut disiarkan secara langsung melalui skrin gergasi ialah perutusan Hari Kebangsaan ke-57 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Tunku Abdul Rahman di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang di sini. 

Selain itu, penganjur turut mengajak pengunjung yang hadir untuk bertafakur memperingati mereka yang terkorban dalam nahas MH17 pada 17 Julai lepas dan MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Di Menara Berkembar Petronas (KLCC), warga tempatan disertai pelancong asing untuk bersama-sama mengira detik 12 malam di perkarangan bangunan ikonik itu.

 Di KUALA TERENGGANU, kira-kira 10,000 orang membanjiri Kompleks Sukan Stadium Tertutup Gong Badak bagi menyambut Ambang Merdeka. 



[ Type in your image caption here ]

Sebuah kereta lembu yang dihias dengan Jalur Gemilang berarak dari Gelugor ke Padang Kota Lama untuk menyambut ambang Merdeka ke-57 di Kuala Terengganu malam, Sabtu.-fotoBERNAMA 

Tepat jam 12 tengah malam berkumandang laungan 'Merdeka' oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman serta barisan Exco kerajaan negeri dan orang ramai diiringi lagu kebangsaan Negaraku.

Di BUTTERWORTH, kira-kira 5,000 orang hadir pada sambutan Ambang Merdeka di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pantai Bersih.

Terdahulu, lebih 1,000 jemaah menghadiri program sempena Ambang Merdeka di Masjid Madani, Bandar Perda yang diisi dengan program solat berjemaah, tahlil dan tazkirah.

Di SHAH ALAM, ribuan pengunjung menyertai program sama peringkat negeri Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan