Sudirman Ikon Perpaduan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 9:32 AM

Sudirman Haji Arshad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bagaikan lagu dan irama, nama Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad ternyata tidak boleh dipisahkan apabila memperkatakan berkenaan lagu patriotik.

Malah, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu juga muncul individu pertama 'mengabdikan' bendera Malaysia pada songkok dan pakaian ketika membuat persembahan.

Hakikatnya, bukan sekadar pakaian, malah jiwa patriotisme Allahyarham Sudirman begitu terserlah dan setiap kali menjelang hari kemerdekaan negara, lagu dendangan Allahyarham seperti 'Warisan' dan 'Tanggal 31 Ogos', tetap mekar di jiwa merdeka anak bangsa Malaysia.

Keikhlasan Allahyarham Sudirman dalam mendendangkan lagu itu terus mekar dan segar sekalipun tanpa sedar beliau telah 22 tahun bersemadi.

Bagi bekas pengurus beliau, Dani'el Dharanee Dharan Kannan, Allahyarham Sudirman yang lahir daripada Bintang RTM pada 1976 selayaknya juga dikenali sebagai 'Ikon Perpaduan Negara' dan 'Biduan Malaysia Sebenar'.

"Imej perpaduan lahir secara semula jadi dalam diri Sudirman. Konsert beliau tidak pernah gagal, sentiasa dipenuhi masyarakat berbeza-beza latar belakang, bukan sekadar kaum, malah perbezaan dari segi kelas ekonomi juga boleh berhimpun dalam konsert yang sama," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 baru-baru ini.

Dani'el berkata perasaan cintakan negara dalam jiwa penyanyi, pelakon, kartunis dan peguam yang dilahirkan pada 25 Mei 1954 itu begitu mendalam, sehingga beliau sentiasa membawa 'Malaysia' ke mana sahaja beliau mengadakan persembahan.

"Beliau banyak mendapat undangan mengadakan persembahan di luar negara. Imej Malaysia tidak pernah lekang, malah beliau bangga memakai baju Melayu dan bersongkok di luar negara.

Selepas 22 tahun beliau meninggal dunia pada 22 Feb 1992, bait pertama lagunya berjudul Warisan, selain diangkat menjadi tema sambutan kemerdekaan, turut menjadi inspirasi kepada lagu tema kemerdekaan tahun ini "Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' dendangan Bob Yusof.

"Tidak mungkin kita mendapat penggantinya. Ada yang bertanya mengapa tidak kita 'cipta' satu lagi Sudirman dan jawapan saya 'Only God can create him'," katanya yang menguruskan Sudirman selama lima tahun sejak 1987 hingga 1992.

Kata Dani'el, sifat patriotik Sudirman itu juga mendorong penyanyi berkenaan untuk mengeluarkan album patriotik bertajuk 'Abadi' pada tahun 1982.

Bagi komposer terkenal Fauzi Marzuki, Allahyarham Sudirman juga sangat berdisplin dan menjiwai apa jua gerak kerja dilakukan beliau dengan mengambil tahu setiap perincian dalam persembahan supaya tidak mengecewakan peminat.

"Sudirman adalah Sudirman, tidak mungkin kita boleh berjumpa seorang lagi penyanyi sepertinya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sudirman Arshad , Merdeka

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan