Kerajaan Nafi Guna Akta Hasutan 1948 Untuk Pendakwaan

Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan menafikan Akta Hasutan 1948 digunakan untuk melaksanakan pendakwaan terpilih ke atas pihak tertentu. 

Sebaliknya, Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan, draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional mengambil masa yang lama kerana menerima input daripada pelbagai pihak dan kini ia sedang diteliti oleh Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC). 

"Semua tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 adalah terletak dibawah bidang kuasa mahkamah. Badan kehakiman di negara ini bebas, dan semua kes keputusan dibuat secara adil. 

"Seperti negara lain, kita sedang mencari mekanisma terbaik antara kebebasan bersuara dan keharmonian nasional dalam era media digital pada hari ini," menurutnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu. 

Kenyataan itu menyebut pihak kerajaan menyambut baik sebarang cadangan daripada pelbagai pihak dan berharap draf Rang-Rang Undang Keharomian Nasional dapat dibentangkan di Parlimen sebelum penghujung tahun ini. 

"Selagi undang-undang baru ini belum dikuatkuasakan, semua kes sedia ada perlu  didakwa di bawah undang-undang sedia ada (Akta Hasutan)," katanya. 

Menurut kenyataan itu, Akta Keharmonian Nasional diwujudkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai sistem perundangan yang komprehensif dan memelihara keharmonian nasional serta perpaduan kaum di negara ini. 

Minggu lalu, sekurang-kurangnya empat pemimpin politik pembangkang didakwa mengikut Akta Hasutan. 

Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dilaporkan berkata draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 tidak dapat disiapkan tahun ini memandangkan banyak perkara perlu diteliti dan dikaji.

Beliau dipetik sebagai berkata tempoh masa untuk menyiapkan draf rang undang-undang itu agak sukar untuk ditetapkan.



iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan