Sambutan Merdeka Beri Rakyat Peluang Dalami Erti Sebenar Merdeka -PM

Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun Hari Kemerdekaan ke-57 negara yang akan disambut pada Ahad secara sederhana, ia memberi peluang baik untuk rakyat mendalami ertisebenar Merdeka.

"Walaupun #Merdeka57 disambut sederhana, ia memberi kita peluang baik untuk mendalami erti kata sebenar Merdeka.

"Laungan Merdeka selama 57 tahun ini mengingatkan kita tentang segala rintangan yang kita hadapi demi mencapai perpaduan #Merdeka57," katanya menerusi twit terbaharu beliau dalam laman Twitter pada Sabtu.

Najib dijadual menyampaikan Amanat Merdeka, yang julung kalinya dibuat secara langsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic),Jalan Ampang di sini, Sabtu malam.

Pada Ahad, beliau akan menghadiri program perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 negara di Dataran Merdeka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan