Kementerian Akan Pantau Penstrukturan Semula MAS - Riot

Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia akan memantau secara terinci pelaksanaan 'Pelan Penstrukturan Semula MAS' yang diterajui Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) supaya tidak menjejaskan kebajikan pekerjanya.

Menterinya Datuk Richard Riot Anak Jaem berkata satu mesyuarat khas telah diadakan baru-baru ini untuk mengetahui pelan strategik dan pelaksanaan Khazanah termasuk masa depan kakitangan.

Katanya, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar.

"Saya berpuas hati dengan penjelasan beliau. Dalam kata lain MAS akan memastikan pekerja yang memilih untuk tidak kekal bersama MAS atau memilih untuk latihan semula kemahiran akan terjaga kepentingan mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Sijil Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu, pada Sabtu.

Pada Jumaat Khazanah mengumumkan 12 pakej pemulihan bagi membolehkan MAS kembali pulih dan mencatat keuntungan dalam tempoh tiga tahun. - Pelan pemulihan membabitkan suntikan dana RM6 bilion untuk MAS juga akan menyaksikan pengurangan 30 peratus atau 6,000 kakitangan syarikat penerbangan nasional itu daripada jumlah keseluruhan kira-kira 20,000 ketika ini.

Selain itu bermula 1 Julai 2015, MAS akan menjadi sebuah syarikat baharu dan akan memeterai kontrak dengan pembekal bagi terma yang saksama dan mengambil kira kesukaran kewangannya.

Mengulas lanjut Riot berkata, selain menawarkan Skim PemberhentianSukarela (VSS), MAS juga akan menyediakan latihan kemahiran semula serta penempatan semula kakitangan termasuk di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diseluruh negara.

Katanya, selepas pelan pemulihan MAS itu dilaksanakan, hanya Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) akan mewakili dan memperjuangkan hak anggotanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan