Mara Tidak Lagi Guna Khidmat Ejen Penuntut Luar Negara - Annuar Musa

Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 8:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak lagi akan menggunakan khidmat ejen kecuali yang dilantik secara rasmi dan dipersetujui oleh pihak universiti untuk menguruskan penuntut di luar negara, kata Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa.

Terdapat pelbagai masalah timbul ekoran penggunaan ejen dan sehubungan itu semua pegawai MARA di luar negara diminta mengadakan hubungan langsung dengan pihak universiti sementara ibu bapa dan pelajar diminta menghubungi pihak MARA secara terus.

"Saya tidak nampak, MARA sebagai agensi yang besar, yang menaja ramai pelajar perlu menggunakan pihak ketiga. Kita seharusnya berhubung terus dengan universiti di mana kita hantar pelajar setiap tahun.

Mengapa mesti pakai ejen?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kangsar pada Sabtu.

Katanya, sesetengah ejen didapati tidak bertanggungjawab dan lambat membayar kepada pihak universiti. Terdapat ejen yang membuat janji terutama kepada pelajar persendirian di Rusia dan Mesir dengan mengatakan kononya MARA akan memberi tajaan kepada mereka pada tahun kedua pengajian dan ia menimbulkan masalah apabila ada ibu bapa tidak mampu membiayai pengajian pada tahun berikutnya, kata beliau.

"Saya dah bawa perkara ini ke dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri semalam (Jumaat). Kita akan cuba membantu pelajar ini. Buat masa ini memang pelajar persendirian terutama di Mesir kita tidak ada penajaan untuk mereka yang sendiri memilih ke sana.  Kita menggalakkan mereka, terutama dalam keadaan politik tidak menentu dinegara itu, untuk pulang dan  mengikuti kursus dalam negara," katanya.

Annuar berkata MARA sedang mendapatkan laporan terperinci termasuk jumlah pelajar persendirian untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu kerana pihaknya memahami yuran pengajian dalam negara lebih tinggi berbanding di Mesir.

MARA akan berusaha untuk mendapatkan dana dan sekiranya ia diluluskan maka pertimbangan membiayai penuntut persendirian tahun kedua dan ke atas yang berada di luar negara terutama di Mesir akan diberikan tetapi mengikut kecemerlangan peperiksaan pada tahun pertama pengajian, katanya.

Selain itu katanya anggapan MARA sewajarnya memberi penajaan kepada pelajar persendirian tidak boleh diguna pakai memandangkan agensi itu tidak mahu berlaku pertindihan dengan pemberian Skim Pelajar Cemerlang kepada penuntut yang terpilih berdasarkan prestasi cemerlang di sekolah.

Pada masa ini, terdapat 11,000 pelajar tajaan MARA di luar negara dan bagi tahun ini pembiayaan kepada hampir 2,000 penuntut termasuk yang mengikut pengajian pasca siswazah telah diluluskan, katanya.

"Mereka yang mengikuti program ke luar negara akan mengikuti program Bina Negara sebelum pergi dan semasa berada di sana sekurang-kurangnya sekali supaya mereka memahami misi negara.

Mereka dibiayai oleh masyarakat dengan dana yang besar. Mereka harus ingat itu duit rakyat, jadi bertanggungjawablah kepada masyarakat," katanya.

Seorang penuntut perubatan di United Kingdom ditaja sebanyak RM1.4 juta, kejuruteraan sebanyak RM800,000 dan program sosial hampir RM600,000, katanya.

Tags / Kata Kunci: ejen pelajar , MARA , Tan Sri Annuar Musa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan