MCA Bersedia Hadapi PRK Pengkalan Kubor

Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jentera pilihan raya MCA kini bersedia menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor 25 September ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA telah membentuk jawatankuasa untuk menyelaraskan gerak kerja jentera parti.

"Di peringkat pusat, saya telah mengarahkan timbalan saya Datuk Dr. Wee Ka Siong untuk menerajui jawatankuasa tersebut, manakala di peringkat negeri, jawatankuasa itu diketuai Naib Presiden MCA Datuk Dr. Hou Kok Chung.

Wee telah pun melawat kawasan itu semalam dan MCA akan mengadakan lebih banyak lagi program untuk mendampingi rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen MCA Negeri Sembilan di sini, Sabtu. 

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata terdapat lebih 200 pengundi kaum Cina di sana selain daripada kira-kira 2,000 pengundi bukan Melayu yang terdiri daripada masyarakat Siam.

"Saya berharap rakyat di DUN Pengkalan Kubor dapat bersama-sama dengan kerajaan dalam masa ini untuk kita meningkatkan lagi kekuatan negara kita dalam fasa transformasi negara," kata Liow Kerajaan memerlukan sokongan rakyat untuk  menghadapi transformasi, mencapai status negara maju menjelang 2020 yang hanya tinggal enam tahun sahaja lagi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar dari Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu pada 25 Sept manakala penamaan calon pada 13 Sept ini.

Tags / Kata Kunci: MCA , Pengkalan Kubor

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan