PPS: Lim Guan Eng Sepatutnya Bincang, Bukan Cabar KPN - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 7:51 PM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di negeri itu, dan bukannya mencabar Khalid, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Tidak perlu mencabar (Ketua Polis Negara), sepatutnya beliau (Lim) harus menemui Ketua Polis Negara untuk adakan perbincangan. Kita alukan jika ada inisiatif yang mahu jaga keselamatan komuniti tetapi bukan dengan cara mencabar.   

"Jika ada pihak yang mahu membantu polis dan bekerjasama, nyatakan dengan perkataan yang baik bukan dengan cara seolah-olah mencabar kewibawaan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday, Ketua Wanita Bahagian Datuk Sharifah Azizah Syed Zain serta Ketua Pemuda Umno Bahagian Datuk Khairul Anwar Rahmat. 

Ahmad Zahid berkata Pendaftar Pertubuhan dan Ketua Polis Negara menyatakan bahawa  PPS bukan pertubuhan yang sah kerana ia tidak pernah didaftarkan.    

Ahmad Zahid yang juga merupakan Naib Presiden Umno berkata soal keselamatan negara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menubuhkan agensi menjaga keselamatan.   

"Soal keselamatan termaktub dalam undang-undang Persekutuan, tiada undang-undang atau enakmen negeri yang izinkan mana-mana pertubuhan untuk menjaga keselamatan.

Oleh yang demikian, soal keselamatan adalah soal Persekutuan atau kerajaan Pusat, bukan hak negeri," kata beliau.   

Menurutnya PPS tidak boleh disamakan dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) yang penubuhannya dilaksanakan menerusi penggubalan undang-undang Persekutuan.   

Ditanya sama ada anggota PPS yang terus berdegil untuk menjalankan tugas bakal berhadapan dengan tindakan ditangkap oleh Polis,  beliau berkata itu boleh dilakukan mengikut undang-undang.

Menurutnya tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil alih tugas polis adalah jelas mengikut undang-undang.  

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan