Calon MB: Tradisi Istana Selangor Mohon Kemuka Lebih Dua Nama

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 7:26 AM

Istana Alam Shah, Klang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menjadi amalan sejak sekian lama, pihak Istana Selangor akan meminta lebih daripada satu nama dikemukakan sebelum seorang menteri besar dilantik.

Sumber yang rapat dengan istana dan maklum dengan sentimen tuanku berkata, menjadi kebiasaan bagi Sultan Selangor menitahkan supaya dikemukakan lebih dua nama.

Malahan, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah menitahkan sehingga empat nama daripada Umno ketika Barisan Nasional memerintah negeri itu.

Kali ini, pihak istana menghantar surat berasingan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta mereka mencalonkan lebih dua nama untuk jawatan itu.

Sumber itu menjelaskan, pada 2008 dan 2013, pihak Istana Selangor meminta dua nama daripada Pakatan Rakyat, tanpa pengetahuan umum.

"Pemimpin Pakatan Rakyat perlu menyelesaikan perselisihan antara mereka dan berbincang di kalangan tiga parti terbabit sebelum membuat keputusan.

"Mereka perlu ingat bahawa Pakatan bukannya gabungan parti seperti Barisan. Mereka perlu berunding antara satu sama lain dan lebih penting lagi, mereka tidak seharusnya mendesak istana sedangkan mereka sendiri tidak dapat mengawal perlakuan sesama sendiri," katanya.

Disebalik titah sultan yang mahukan lebih dua nama untuk calon menteri besar, PKR dan DAP masih tetap berdegil untuk hanya mengemukakan nama calon tunggal mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, PAS pula berhasrat menghormati keputusan sultan dengan mengemukakan beberapa nama calon yang berpotensi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber istana itu berkata, Sultan Selangor juga bertanggapan bahawa tidak perlu untuk Dr Wan Azizah menghadap baginda ketika ini.

Kata sumber itu, susulan peletakan jawatan Khalid, adalah tidak perlu untuk Dr Wan Azizah menghadap sultan bagi memenuhi keputusan parti pimpinannya kerana ia isu dalaman.

Menurut sumber itu lagi, khabar angin berleluasan dan adanya nama ditimbulkan yang turut mengheret pihak istana terbabit dalam konflik ini di mana istana menganggap ia sesuatu yang tidak sihat untuk rakyat kerana ia perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pada 15 Ogos, Dr Wan Azizah mengumumkan beliau memperoleh sokongan majoriti daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkannya menjadi menteri besar, selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS-Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin bersumpah menyokong Presiden PKR menerusi Surat Akuan Sumpah yang ditandatangani 28 Adun Pakatan yang lain.

Bagaimanapun, PAS setakat ini membuatkan rakan sekutunya tertanya-tanya sama ada ia menyokong Dr Wan Azizah bagi menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan