Krisis Selangor: Adun PKR Perlu Tolak Jadi MB

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 12:16 PM

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu supaya menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor.

Menurutnya, tindakan tersebut membuktikan lambang kesetiaan mereka (Adun) kepada parti dan perpaduan dalam menentang parti lawan.

"Setiap Adun PKR di Selangor harus menarik diri daripada sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara parti itu yang turut dipersetuju Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Terdahulu, PKR menegaskan tetap akan menghantar nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut kepada Istana Selangor.

Jelas Rafizi, setiap Adun (PKR) harus menyokong keputusan parti untuk menamakan presiden parti sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar Selangor yang baharu.

"PKR dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara memilih Wan Azizah sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat sebagai menteri besar Selangor. Keputusan ini perlulah dihormati," katanya.

Pada masa sama, beliau turut memuji tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menolak cadangan PAS agar beliau dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya ucapkan tahniah kepada Nik Nazmi kerana menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap Wan Azizah," katanya.

Pada Khamis, Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berpendapat Nik Nazmi adalah calon yang sesuai bagi jawatan tersebut kerana beliau merupakan seorang calon yang muda dan mampu memimpin dengan baik.

Bagaimanapun, Nik Nazmi menolak cadangan tersebut dan tetap menyokong pencalonan Wan Azizah untuk dilantik ke jawatan tersebut.
Tags / Kata Kunci: Rafizi Ramli , PKR , MB Selangor

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan