Saifulkhairi Bangga Jadi Pengacara Sambutan Kemerdekaan Ke-57

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 2:44 PM

Pasukan keselamatan turut terbabit dalam raptai Hari Kemerdekaan Ke-57 di Dataran Merdeka, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menjadi pengacara bagi sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-57 merupakan kemuncak kerjaya bagi Saifulkhairi Ahmad.


Mula diberi tanggungjawab mengacarakan sambutan Hari Kemerdekaan negara sejak tiga tahun lepas, Penolong Pengarah Bahagian Pengukuhan Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berusia 43 tahun itu menyifatkan amanah yang diberi sebagai penghormatan tertinggi buat dirinya.

"Walaupun telah menjadi pengacara majlis untuk sambutan kemerdekaan sejak empat tahun lepas, namun tahun ini saya rasakan amat bermakna kerana sambutan yang ke-57 sama dengan tarikh kemerdekaan negara.

"Ia pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana ia hanya berlaku sekali dalam sejarah," katanya kepada Bernama selepas menjalani latihan penuh, sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 itu di Dataran Merdeka di sini, Jumaat.

Saifulkhairi akan digandingkan dengan penyampai berita TV3, Pang Chin Fei pada sambutan yang akan berlangsung Ahad ini.

Bapa kepada lima cahaya mata itu mula terlibat dalam menyelaras persembahan sambutan kemerdekaan pada 2001 dan pada 2009 apabila diberi kepercayaan untuk menulis skrip bagi segmen-segmen tertentu.

Saifulkhairi juga ditugaskan selama dua tahun di bahagian suara latar pada sambutan hari kemerdekaan sebelum mula ditugaskan menjadi pengacara majlis pada 2011.

"Sejak melibatkan diri dalam acara terbesar negara ini, saya melihat pelbagai perubahan dilakukan setiap tahun, antaranya penglibatan peserta untuk acara padang. Kalau dulu hanya 1,000 peserta, sekarang meningkat kepada 2,000 orang.

"Selain itu 'terrace choir' dahulunya tak ada dan hanya gunakan simfoni gendang. Perubahan yang dilakukan oleh menteri yang bertanggungjawab menyelaras acara sambutan sangat ketara saban tahun," katanya.

Ditanya mengenai pengalaman manis sepanjang menjadi pengacara majlis sejak 20 tahun lepas, Saifulkhairi berkata sambutan kemerdekaan negara pada 2009 adalah kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidupnya.

"Ini kerana pada sebelah pagi, saya menjadi pengacara untuk hari kemerdekaan negara, manakala pada malamnya pula menjadi pengacara majlis untuk Perhimpunan Janji Ditepati di Stadium Merdeka Bukit Jalil yang dihadiri kira-kira 110,000 orang.

"Saya menjadi antara tumpuan orang ramai dalam dua majlis yang sangat besar yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen," katanya.

Selain itu, Saifulkhairi turut terlibat dalam dua majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan beberapa majlis melibatkan Istana Negara.

"Saya diberi tanggungjawab besar ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 2006 dan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 2011.

"Saya dipilih daripada beratus-ratus pengacara majlis lain dalam negara ini untuk mengacarakan pelbagai majlis negara yang berprestij dan ia merupakan satu penghormatan kepada saya," katanya.

'Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta', menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 negara pada tahun ini.


 

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan