Khazanah Umum 12 Pelan Pemulihan MAS, Kurangkan 30% Pekerja

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelan rancangan pemulihan syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dengan mengurangkan jumlah pekerja sebanyak 30 peratus.


Ia merupakan antara 12 pelan pemulihan yang diumumkan Khazanah bagi memulihkan MAS.

Selain itu Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, pelan pemulihan MAS antara lain membabitkan penubuhan syarikat baharu, (NewCo).

Azman berkata, dianggarkan bahawa Newco memerlukan tenaga kerja seramai kira-kira 14,000, mewakili penurunan bersih sebanyak 6,000 atau 30 peratus daripada kira-kira 20,000 kakitangannya.

"Antara penekanan dalam pelan pemulihan MAS ialah penyatuan operasi dan ibu pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Subang sekarang," katanya.

Azman berkata, MAS akan dikeluarkan daripada penyenaraian menjelang hujung 2014, diikuti pemindahan aset dan liabiliti kepada NewCo menjelang 1 Julai 2015.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya akan kekal memimpin syarikat sehingga pembentukan NewCo berkuatkuasa.

Beliau berkata, Newco disasar kembali untung 3 tahun selepas dikeluar daripada penyenaraian.

NewCo dijangka disenarai semula antara hujung 2017 hingga hujung 2019.

Beliau berkata, kos penyusunan semula dan pelaburan mencecah RM6 bilion di mana ia akan diagih secara berperingkat.

Kabinet dan lembaga pengarah Malaysia Airlines telah memberi kelulusan bagi rancangan itu yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah entiti yang lebih kukuh dan lebih cekap.

Setelah mengalami kerugian enam suku tahun berturut-turut sejak 2012, MAS tersentak pada 8 Mac apabila pesawat Boeing 777 penerbangan MH370 hilang semasa dalam perjalanan ke Beijing tanpa sebarang tanda sehingga kini dan dikejutkan lagi apabila sebuah lagi pesawat B-777, MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

MAS mengalami kerugian sebanyak RM2 bilion daripada kedua-dua tragedi itu.

Semalam, MAS, yang digantung dagangan hari ini berikutan pengumuman pelan itu, melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM302.62 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2014, daripada kerugian sebanyak RM165.89 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Saham itu terakhir diniagakan pada 25 sen semalam. 




Tags / Kata Kunci: MAS , Khazanah Nasional

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan