Krisis Selangor: Nik Nazmi Tolak Jadi MB

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 11:08 AM

Nik Nazmi Nik Ahmad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas disebut-sebut menjadi individu ketiga sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad tampil menolak cadangan tersebut.


Sebaliknya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baharu dipilih itu menegaskan bahawa beliau tetap menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik ke jawatan itu.

"Saya ingin ulangi pendirian saya dari awal bahawa saya menyokong penuh calon yang dicadangkan PKR iaitu presiden kami sendiri, Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat baru-baru yang mencadangkan agar beliau dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Selasa lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Baginda meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu.

Sehingga kini PKR dan DAP berkeras untuk hanya mengemukakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Bagaimanapun PAS sudah menyatakan hasrat untuk mengemukakan tiga nama Adun PKR sebagai pengganti Khalid.

Sebelum ini PAS pernah menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor.

Tags / Kata Kunci: Nik Nazmi Nik Ahmad , menteri besar

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan