Namakan Isteri Calon Tunggal MB, Perkara Luar Biasa - Nasrudin

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 1:10 PM

Nasruddin Hassan Tantawi

Nasrudin Hassan Tantawi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi secara sinis membidas tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon tunggal menteri besar Selangor.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, ada pendapat tokoh ulama yang menolak wanita menjadi pemimpin utama bagi kerajaan negeri.

"Berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulama melantik wanita bagi mengetuai sebuah kerajaan negeri sebagai perkara biasa.

"Tetapi apabila ada pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi menteri besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah satu perkara luar biasa," katanya dalam posting terbaharu akaun Facebook miliknya pada Jumaat.

Pada Khamis, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, keputusan menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Ketua Pembangkang itu juga mahu semua pihak, termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

Rabu lalu, pihak istana dilaporkan menitahkan supaya parti-parti komponen Pakatan untuk mengemukakan lebih banyak nama calon menteri besar sebelum atau pada 3 September ini.

Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas akan hanya menyokong Dr Wan Azizah untuk jawatan itu itu.





Tags / Kata Kunci: MB Selangor , Wan Azizah , Nasrudin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan