MRT Corp Lantik Syarikat Eropah Siasat Insiden Kemalangan Maut

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 10:09 PM

Datuk Wira Azhar Abdul Hamid

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) melantik syarikat pensijilan gergasi Eropah, DNV GL, untuk menyiasat insiden kemalangan yang mengorbankan tiga pekerjanya di tapak projek pada 18 Ogos lepas.

Menurut MRT Corp tugas DNV GL termasuk mengkaji semula dokumentasi dan prosedur serta memberi input berhubung penambahbaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata selain mengenal pasti punca nahas dan memperuntuk tanggungjawab dan kebertanggungjawaban bagi insiden itu, MRT Corp mahu mencapai beberapa perkara berdasarkan laporan itu.

"Yang pertama, kami mahu laporan itu memanfaatkan industri pembinaan. Hasil laporan mesti dimanfaatkan oleh pihak berkuasa untuk menetapkan standard baharu bagi industri pembinaan. Insiden pada 18 Ogos harus menjadi pemangkin bagi industri pembinaan untuk bergerak ke hadapan dengan pematuhan piawaian yang lebih baik dan tinggi. 

"Yang kedua, orang ramai perlu diberi jaminan semula mengenai keselamatan di tapak oprojek MRT. Saya sepenuhnya berhasrat untuk mengumumkan laporan itu supaya orang awam boleh melihat apa yang perlu dilakukan. Mereka berhak diberi jaminan semula," katanya dalam kenyataan Jumaat.

Azhar berkata laporan itu akan dikeluarkan pada minggu pertama September dan dua kakitangan DNV GL kini berada di Malaysia bagi menjalankan temubual dan pemeriksaan di tapak.
Beliau berkata laporan itu dibuat berasingan dan merupakan tambahan kepada laporan yang sedang disediakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). 

"Ini akan melengkapkan laporan DOSH," kata beliau. 
Dalam insiden itu, tiga pekerja binaan warga Bangladesh maut dihempap bongkah konkrit di tapak projek berkenaan.

Mayat mereka telah dibawa pulang ke Dhaka pada 21 Ogos lepas.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan