MB Baharu Perlu Ada Keupayaan Sendiri Tadbir Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 9:32 PM

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Individu yang dipilih sebagai menteri besar perlu mempunyai keupayaan dalam mentadbir negeri, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata tanpa keupayaan sendiri, seorang individu itu tidak layak untuk menyandang jawatan berkenaan.

"Menteri besar dipilih kerana keupayaan, jika dia berupaya, maka dia dipilih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bacaan yassin sempena Hari Kemerdekaan ke-57 peringkat negeri Selangor di sini Jumaat.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar memetik sumber yang rapat dengan Sultan Selangor bahawa ciri seorang menteri besar pilihan baginda ialah pemimpin yang efektif yang mengutamakan kepentingan rakyat dan boleh mentadbir negeri tanpa dikawal oleh sesiapa.

Baru-baru ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan menteri besar baharu dibuat.
Tags / Kata Kunci: Abdul Khalid Ibrahim , MB Selangor

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan