PM Beri Amanat Merdeka Secara Langsung Buat Julung Kali Di Matic

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 kali ini amat istimewa dan bakal mencatat sejarah kerana buat julung kalinya Amanat Merdeka akan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia.


Memilih Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang sebagai lokasi, majlis dikendalikan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan disiarkan secara terbuka dan langsung menerusi radio dan televisyen.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penyampaian amanat pada malam ambang kemerdekaan (30 Ogos) itu akan disampaikan di hadapan menteri-menteri kabinet, pemimpin masyarakat, wakil-wakil badan bukan kerajaan serta wakil pelajar dari IPTA dan IPTS serta personaliti dan ikon negara dalam pelbagai bidang.

"Sebelum ini penyampaian amanat merdeka yang dibuat perdana menteri dirakam sebelum disiarkan dan ia bersifat formal. Oleh kerana itu, pada tahun ini kita membawa kelainan.

"Pada sambutan kali ini perdana menteri akan berucap di hadapan wakil-wakil masyarakat secara langsung untuk menyampaikan isi kandungan amanatnya", katanya selepas meninjau persiapan untuk acara di dewan berkenaan.

Matic dipilih sebagai lokasi penyampaian amanat kerana bangunan bersejarah, yang terletak di Jalan Ampang itu, telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam catatan sejarah negara.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah bangunan lama yang kini telah dibaikpulih dan dijadikan pusat pelancongan negara.

Pada asalnya ia dibina sebagai kediaman keluarga oleh seorang hartawan getah dan timah bernama Eu Tong Seng pada 1935. Ia dibina di atas dusun rambutan seluas 2.6 hektar.

Bagaimanapun, pada 1941 iaitu awal Perang Dunia Kedua, ia diambilalih oleh kerajaan British dan dijadikan pangkalan tenteranya.

Apabila Jepun menduduki Tanah Melayu, mereka pula menjadikan bangunan berkenaan sebagai pangkalan tentera sehingga 1945.

Namun, sejarah yang dicatat di bangunan ini selepas peristiwa pendudukan Jepun itu lebih bermakna kepada negara.

Pada 24 Februari 1948, berlangsung satu peristiwa penting dalam lipatan sejarah negara apabila Majlis Persekutuan Tanah Melayu mengadakan mesyuarat pertamanya di sini.

Sejak itu, bangunan berkenaan sering menjadi lokasi terpilih dalam beberapa acara penting negara termasuklah sebagai lokasi persidangan pertama Parlimen Malaya pada 1959.

Malah di sini juga pernah berlangsung tiga majlis pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong termasuk Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

Peristiwa penting di atas menjadi faktor utama Dewan Tunku Abdul Rahman, Matic dipilih sebagai lokasi penyampaian Amanat Merdeka oleh Perdana Menteri kali ini.

Malah ia juga signifikan dengan tema sambutan kali ini iaitu "Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta".

Selain menyampaikan Amanat Merdeka, pada majlis yang sama Perdana Menteri juga bakal melancarkan Setem Merdeka.

Sungguhpun bakal berlangsung dalam suasana sederhana ekoran tragedi MH17 dan misteri kehilangan MH370, sambutan Hari Kemerdekaan negara pada tahun ini lebih istimewa berbanding sambutan sebelum ini.

Ini kerana sambutannya yang memasuki kali ke-57 bersamaan dengan tahun negara mencapai kemerdekaan iaitu pada 1957. 



Tags / Kata Kunci: Amanat Merdeka , Matic

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan