Tiada Gangguan Perkhidmatan Semasa - Malaysia Airlines

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 9:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan semasa Malaysia Airlines (MAS) tidak akan terganggu berikutan rancangan pemulihan RM6 bilion yang diumumkan Jumaat.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata syarikat akan terus mengadakan penerbangan, memenuhi setiap tempahan dan rancangan perjalanan masa depan.

Menurut syarikat penerbangan itu, pengumuman dibuat pada 8 Ogos untuk menyahsenarai MAS dan pelan pemulihan hari ini, tidak akan mempunyai impak terhadap tambang semasa ditawarkan kepada pelanggan dan akaun korporat ataupun keanggotaannya dalam oneworld alliance.

Pengumuman pelan pemulihan itu berikutan permintaan rasmi oleh Khazanah Nasional Bhd kepada Lembaga Pengarah MAS untuk melaksanakan satu usaha Pengurangan Modal Selektif (SCR) dibuat pada 8 Ogos 2014.

SCR itu akan dibentangkan kepada pengundian pemegang saham di satu mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam perutusan mengenai Pelan Pemulihan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa MAS, kakitangan dan semua rakyat Malaysia supaya memainkan peranan mereka dalam memastikan rancangan kali ini mencapai kejayaan berkekalan.

"Kita berharap untuk memainkan peranan kita dan menjadi sebahagian daripada usaha untuk menjamin Malaysia Airlines menjadi sebuah syarikat penerbangan menguntungkan dan mampan yang menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia," kata Najib.

Selari dengan itu juga, pegawai kanan MAS sedang berurusan dengan hampir 2,500 kakitangan di beberapa lokasi dalam kumpulan itu, untuk mendengar pandangan dan kebimbangan mereka berikutan rancangan menjadikannya syarikat awam dan disusun semula.

"Kami bersama-sama wakil kesatuan pekerja berunding dengan Khazanah pagi ini. Kami akan teruskan proses berunding dengan semua pihak termasuk secara langsung dengan kakitangan dan wakil-wakil kesatuan pekerja," kata MAS.

Sementara itu, Lembaga MAS hari ini mengalu-alukan pengumuman oleh Khazanah, pemegang saham majoritinya, mengenai "Membina Semula sebuah Ikon Nasional: Pelan Pemulihan MAS" - satu rancangan untuk memudahkan syarikat penerbangan itu mencapai keuntungan mampan dan penuh persaingan.

Ia juga mengesahkan telah menerima sepucuk surat daripada Khazanah berkaitan rancangan pelaburan Khazanah dalam MAS untuk memudahkan langkah nyahsenarainya daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia dan penyusunan semula.

Pada mesyuarat agung tahunan terakhirnya pada 25 Jun, 2014 Pengerusi MAS Tan Sri Md Nor Yusof, dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Jauhari Yahya, menarik perhatian bahawa sebelum kehilangan MH370 lagi, perubahan radikal sememangnya sudah menjadi agenda pihak Lembaga.

Keperluan mendesak bagi perubahan, terbukti dengan prestasi buruk yang berterusan itu, juga dipercepatkan dengan tragedi MH17, kata MAS.

Tags / Kata Kunci: MAS , gangguan semasa , pelan pemulihan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan