Belum Ada Bukti Wanita Malaysia Sertai ISIS - Wan Junaidi

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 5:25 PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat ini belum ada bukti yang menunjukkan wanita Malaysia menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syris (Isis).

Beliau berkata setakat ini berita itu masih dianggap khabar angin dan sedang disiasat.

Wan Junaidi berkata demikian dalam sidang akhbar ketika diminta mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider dua hari lepas yang mendakwa terdapat sekurang-kurang tiga wanita dari negara ini yang menyertai Isis untuk menawarkan 'Jihad Al-Nikah' atau jihad seksual.

Menurut portal berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai perisik, Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil), Wan Junaidi berkata pihak berkuasa negara sedang mengesan di mana mereka terbabit sedang berada dan siapa mereka.

Ditanya jumlah mereka yang dipercayai terlibat dengan Isil, beliau berkata dalam lingkungan 20 orang.

"Mereka bukan kumpulan yang besar, kecil sahaja tapi pada pendapat saya mereka terbabit adalah kumpulan yang sesat kerana mereka beranggapan kalau mati dalam peperangan ia bermakna mati syahid," katanya.

Wan Junaidi menjelaskan umat Islam di negara yang mahu terlibat dalam perang
jihad perlu mendapat persetujuan negara dan diisytiharkan oleh fatwa negara.

"Tetapi dalam kes ISIS dan ISIL, tiada fatwa negara mengisytiharkannya... perjuangan mereka tidak boleh diterima oleh negara kita dan banyak negara Islam lain juga tidak menyokong perjuangan mereka," katanya.

Dalam pada itu, katanya pihak berkuasa negara sedang memantau pergerakan keluar masuk rakyat negara ini ke luar negara bagi mengenal pasti kemungkinan ada antara mereka melibatkan diri dengan pergerakan kumpulan pengganas di luar negara.

"Kita tidak mahu Malaysia menjadi tempat untuk melatih pengganas atau tempat berteduh untuk orang yang mempunyai fahaman sebegini," tegasnya.

Tags / Kata Kunci: Wan Junaidi Tuanku Jaafar , ISIS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan