Cuepacs Minta Kerajaan Selaras Elaun Tetap Perumahan Kakitangan Awam

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan kumpulan pelaksana kakitangan awam melibatkan gred 40 dan ke bawah dalam Bajet 2015.


Presidennya, Azih Muda berkata, penyelarasan elaun dari RM180 ke RM450 itu perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan dengan segera kerana ia merupakan isu tertunggak yang memberi kesan langsung kepada kira-kira 700,000 kakitangan pelaksana di negara ini.

Beliau berkata, kadar elaun tersebut tidak dikaji lebih 11 tahun dan sudah masanya ia dipertimbangkan dalam bajet akan datang selaras dengan taraf ekonomi yang kian menigkat.

"Kenaikan ini wajar dipertimbangkan kerana harga sewa rumah sama ada di kawasan bandar atau luar bandar tidak dapat lagi pada harga RM180.

"Justeru kumpulan pelaksana ini terpaksa memperuntukkan sejumlah besar gaji yang diperoleh bagi menampung sewa rumah," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali-26 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak berkuasa Tempatan di sini, Jumaat.

Azih berkata, dianggarkan lebih 50 peratus daripada 1.5 juta penjawat awam di negara ini terutama kumpulan pelaksana terpaksa menyewa kerana tidak mampu membeli rumah disebabkan harga yang tinggi.

Beliau berkata, isu tersebut jika tidak ditangani dengan baik mampu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada golongan penjawat awam malah kepada negara.

"Kita bimbang golongan ini tidak mempu memiliki rumah sehingga mereka bersara dan akhirnya menjadi gelandangan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Cuepacs juga meminta kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan elaun sara hidup (Cola) penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan bagi meringankan beban golongan tersebut.

"Pemotongan ini tidak wajar kerana kuarters merupakan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan awam dan elaun Cola itu tidak seharusnya dipotong dengan pemberian kelebihan itu," katanya.



Tags / Kata Kunci: Cuepacs , elaun tetap perumahan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan