Duke Tawar Diskaun Tol 10 Peratus Sempena Hari Merdeka - Berita Semasa | mStar

Duke Tawar Diskaun Tol 10 Peratus Sempena Hari Merdeka

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) akan menikmati diskaun tol 10 peratus bagi kenderaan Kelas 1 (kereta) sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57.


Pengurus Besar Operasi Duke, Ong Chee Keong berkata, kadar diskaun itu dapat dinikmati oleh pengguna lebuh raya yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC) pada 30 Ogos mulai pukul 11.59 malam sehingga 12 tengah malam 31 Ogos.

"Diskaun kadar tol yang diberikan adalah langkah yang sejajar dengan saranan kerajaan untuk mempertingkatkan penggunaan bayaran tol secara elektronik (ETC) di lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Tambahnya, Duke secara berperingkat akan menjalankan kerja menaik taraf lorong tol di kesemua plaza tolnya sehingga tahun 2017.

Menurut Ong, sebagai langkah awal, Duke telah menyediakan kemudahan Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Batu dan Ayer Panas serta lorong tambah nilai di Plaza Tol Sentul Pasar.

 

Tags / Kata Kunci: Duke , Hari Kemerdekaan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan